Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    ‘Jangan biarkan kerbau berkeliaran’

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Pemilik kerbau boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kerosakan disebabkan kerbau yang tidak dikawal atau dibiarkan berkeliaran dan jika sabit kesalahan, pemilik boleh didenda atau penjara enam minggu jika gagal membayarnya.

    Timbalan Penasihat Undang-undang Kanan dan Ketua Bahagian Perundangan dan Pematuhan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Haji Afif Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menekankan perkara itu pada satu sesi taklimat hari ini.

    Sesi Taklimat Akta Kerbau dan Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian anjuran Jabatan pertanian dan Agrimakanan dengan kerjasama Bahagian Perundangan dan Pematuhan, KSSUP dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), itu berlangsung di Dewan Simpur, Pusat Hortikultur Rimba Gadong.

    Menurut Haji Afif Daraina, pemilik kerbau yang membiarkan kerbau kepunyaan mereka berkeliaran dan menyebabkan kerosakan jalan raya boleh diarahkan oleh penghulu mukim atau ketua kampung untuk memperbaiki kerosakan berkenaan.

    “Mana-mana pemilik kerbau yang enggan patuh dengan arahan berkenaan boleh didakwa ke mahkamah dan jika sabit boleh dikenakan denda sebanyak $50,” jelasnya.

    DSP Pengiran Khairul Hakimin dan Haji Afif Daraina semasa sesi taklimat yang diadakan di Dewan Simpur, Pusat Hortikultur Rimba Gadong, kelmarin.
    Antara yang hadir pada sesi taklimat berkenaan.

    Taklimat turut disampaikan oleh Pegawai Jenayah Daerah, Polis Brunei dan Muara, DSP Pengiran Khairul Hakimin bin Pengiran Haji Kamaluddin.

    Sehubungan itu, taklimat dihasratkan dapat memberikan kefahaman dan penjelasan mengenai peruntukan dan takrif kandungan akta berkenaan, selain tindakan yang akan dikenakan terhadap pemilik ternakan yang berkeliaran serta had yang boleh dilakukan berpandukan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.

    Taklimat juga adalah salah satu usaha jabatan untuk memberigakan akta yang mengawal isu ternakan kerbau yang berkeliaran di negara ini.

    Sesi taklimat itu dihadiri oleh Dr Diana Dennis dari Bahagian Perkhidmatan Ternakan dan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, pengusaha-pengusaha ternakan, pengusaha tanaman, pengusaha padi serta beberapa ketua kampung yang berkenaan serta pegawai dan kakitangan di jabatan berkenaan.

    Dengan adanya taklimat seumpamanya, ia diharap dapat memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan mematuhi akta dan undang yang berkuat kuasa berkaitan dengan binatang ternakan khususnya ternakan kerbau dari semasa ke semasa untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...