Sejak negara kita di bawah ancaman penularan wabak, sesetengah orang terkesan dengan impak virus berkenaan dari pelbagai aspek.
Sehinggakan ada yang hilang mata pencarian dan malah ada yang diberhentikan kerja akibat ekonomi syarikat yang merosot.
Dalam masa yang sama, akibat dibelenggu permasalahan kewangan sesetengah orang merasa tertekan dan terpaksa mencari jalan untuk meneruskan kehidupan.
Bagi mereka yang tertekan ini, ada yang terpaksa memotong perbelanjaan mereka dan ada yang nekad untuk membuang binatang peliharaan mereka ke jalan-jalan raya atau tempat-tempat awam akibat tidak mampu memberi makan.
Kenapa perlu berbuat begitu? Adakah dengan cara membuang binatang peliharaan yang tidak bersalah merupakan satu-satu jalan yang dapat dilakukan? Mungkin ada cara lain lagi di samping melakukan sebegitu, sebagai contoh kita boleh saja mewarwarkan melalui media sosial untuk mencari pemilik yang sanggup menerima haiwan-haiwan itu.
Janganlah melakukan pembuangan secara semberono seperti membuangnya di luar gedung-gedung membeli belah kerana dikhuatiri mengganggu ketenteraman awam.
Fikirkan baik-baik sebelum melakukan tindakan, jangan pentingkan diri sendiri.
Cintai haiwan