Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan cemas, latihan PPDB 26 Mac ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan Latihan Mara Lasak PPDB pada 26 Mac bermula pukul 6 pagi hingga 11:30 pagi.

    PPDB dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan bahawa latihan itu akan bermula dari kawasan Simpang 189 Jalan Dang Kumala, Rimba, kawasan Agro Tungku, kawasan Empire Hotel, Taman Rekreasi Bukit Shah Bandar dan berpusing balik menuju ke Simpang 189 Jalan Dang Kumala, Rimba.

    Sehubungan itu, PPDB memaklumkan kepada orang ramai yang tinggal berdekatan dan melalui jalan-jalan berkenaan supaya tidak merasa cemas semasa latihan dijalankan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda