Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan ‘goda’ Coutinho – Klopp

    HONG KONG, 21 Julai – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp hari ini menolak tawaran tawaran AS$93 juta dari Barcelona untuk pemain Brazil Philippe Coutinho sambil menegaskan: “Kami bukan sebuah kelab penjual.”

    “Kami mahu bekerjasama dan kami mahu membuat langkah seterusnya dan untuk melakukan ini, kami perlu bersama,” kata Klopp kepada pemberita sebelum pasukannya menghadapi Leicester City pada final Piala Liga Perdana di Hong Kong, Sabtu ini.

    “Mesej yang sangat penting ialah kami bukan sebuah kelab penjual,” tambah Klopp.

    Ketika Barcelona mengepung Coutinho, midfielder Liverpool Adam Lallana menyokong pemain berbisa Brazil itu untuk membantu memimpin Reds pada musim baru.

    “Dia seorang pemain hebat, jadi tidak hairan jika ada pasukan berminat dengannya. Saya rasa kami akan mencapai perkara besar di sini,” kata Lallana.

    Philippe Coutinho (tengah) merembat bola semasa menentang Crystal Palace di Hong Kong, kelmarin. – AFP
    Philippe Coutinho (tengah) merembat bola semasa menentang Crystal Palace di Hong Kong, kelmarin. – AFP
    Klopp (kiri) dan Adam Lallana semasa menghadiri sidang media Liga Perdana Piala Asia di Hong Kong, kelmarin. – AFP
    Klopp (kiri) dan Adam Lallana semasa menghadiri sidang media Liga Perdana Piala Asia di Hong Kong, kelmarin. – AFP

    “Saya rasa Phil akan menjadi sebahagian besar daripada perkara itu. Dia berada dalam kalangan elit dan tidak ada sebab dia tidak boleh terus berada di Liverpool,” tambah Lallana.

    “Kami adalah kelab besar. Kami berada di Liga Juara-Juara. Kami perlu melayakkan diri tetapi jika kami mahu memenangi kejohanan seperti itu dan Liga Perdana, kami perlu terus mengekalkan pemain seperti Philippe.”

    Pemain kesayangan Reds itu menandatangani kontrak baru lima tahun di Anfield pada Januari yang tidak termasuk klausa pelepasan.

    “Dia boleh memperbaiki konsistensi tetapi kualitinya tidak diragui,” kata Klopp mengenai pemain berusia 25 tahun itu.

    “Dia pemain yang sangat bagus dan perkara yang baik adalah dia masih muda dan boleh bertambah baik. Phil adalah pemain yang sangat penting.”

    Klopp, yang mana pasukannya menewaskan Crystal Palace 2-0 pada pertengahan minggu dalam aksi pertama di Hong Kong, kurang berminat membincangkan pemburuan pemain Leipzig Naby Keita. Kelab Jerman menolak tawaran AS$86 juta Liverpool untuk bintang Guinea itu awal minggu ini.

    “Saya tiada apa-apa untuk dikatakan tentang ini,” kata Klopp ketika beliau berusaha untuk mengakhiri kemarau kejayaan 27 tahun Liverpool.

    “Jelas sekali cerita ini tanpa kata-kata saya. Jadi mengapa saya harus mengganggu proses ini? Lakukan apa sahaja yang anda mahu dengan berita ini. Saya tidak berminat tetapi mengekalkan kumpulan ini lebih masuk akal.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda