Jangan guna anak untuk meraih simpati

Saya sebagai salah seorang penziarah di salah sebuah tanah perkuburan di negara ini.

Satu hal yang cuba saya bangkitkan di sini, di mana pada hari Jumaat lalu ketika menziarahi pusara ayah saya, terlihat sebuah kereta besar menurunkan air asah-asahan untuk ‘dijual’ di sebuah pondok berdekatan.

‘Menjual’ air asah-asahan bukanlah masalanya bagi saya tetapi orang yang menunggu air asah-asahan itu membuatkan saya geram dan panas hati.

Hal ini kerana orang yang menunggu itu seorang perempuan bersama seorang anak damit. Ke manakah perginya rasional wahai ‘pejual’? Anak damit dibawa untuk apa? Meraih simpati?

Bukan cara begini wahai ‘penjual’, membiarkan anak damit berpanas ketika menunggu air asah-asahan. Lagi pula, negara kita masih berada dalam suasana wabak COVID-19 meskipun keadaan sudah terkawal.

Kalau hendak ‘menjual’ cukup simpan di atas meja berserta tabung atau tin kosong untuk menyimpan wang ke dalamnya. Tidak perlu membawa anak damit demi meraih simpati untuk mendapatkan wang. Saya menegur melalui akhbar ini kerana saya tahu bukan hanya di tempat saya ziarahi ini melakukan seperti ini, pasti di tempat lain juga menggunakan anak damit atau kanak-kanak sebagai peraih simpati.

– Penziarah kubur