Jangan hanya bergantung pada larangan – Shariffa

KUALA LUMPUR, 9 JUN – Kerajaan dan NGO perlu ‘kotorkan tangan’ dan tidak bergantung sepenuhnya kepada larangan penggunaan plastik dan straw minuman sebagai usaha mengurangkan penggunaan plastik dalam kalangan rakyat Malaysia. Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil menggesa pihak berkuasa turut melihat kepada sumber masalah yang melibatkan pekilang yang menghasilkan produk tidak terbiodegradasi itu.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada larangan dan dasar bagi mengurangkan sisa kerana ia akan dilupai pada jangka masa panjang.

“Malahan, kerajaan perlu mengambil langkah penting dan siasat hingga akar umbi masalah iaitu dengan mengambil tindakan terhadap kilang yang menghasilkan produk kegunaan-sekali dan tidak terbiodegradasi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Beliau juga berkata, dengan cara ini, plastik kegunaan-sekali tidak akan mudah diakses kepada rakyat Malaysia dan ini akan memberi faedah kepada alam sekitar. Sementara itu, istilah ‘plastik kegunaan-sekali’ bermaksud plastik pakai buang iaitu diguna sekali sahaja, Shariffa berkata orang ramai perlu mula mementingkan alam sekitar dengan mengguna produk yang diperbuat daripada keluli, buluh dan kertas sebagai ganti kepada plastik. – Bernama