Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jangan hanya berpeluk tubuh

    Tahniah diucapkan pada para graduan yang sudah dan akan menerima ijazah dari institut pengajian tinggi setelah berjaya menempuh dugaan dan cabaran sepanjang menjalani kehidupan sebagai pelajar.

    Setelah berjaya menggapai impian untuk menggenggam segulung ijazah ini, adakah para graduan sudah bersiap sedia untuk menempuh kehidupan sebenar iaitu fasa alam pekerjaan. Para graduan setentunya akan bersaing dengan graduan lain untuk merebut satu jawatan kekosongan.

    Memang tidak dinafikan persaingan ini semakin sengit dirasakan oleh para graduan yang sudah lama menerima ijazah mereka dan sehingga kini masih belum memperoleh pekerjaan.

    Namun perlukah para graduan hanya mengharapkan pekerjaan selaras dengan kelulusan yang mereka perolehi? Dan hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang pekerjaan sementara demi kelangsungan hidup? Atau adakah peluang pekerjaan itu tidak banyak ditawarkan?

    Tidak dinafikan semua ini adalah rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT, namun bukan bererti kita hanya perlu berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa.

    Sebagai seorang graduan, setentunya mereka mengharapkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan namun sampai bila terus dengan pemikiran begitu?

    Apa yang perlu dilakukan para graduan adalah menerokai karier di luar bidang kelulusan dan cuba terapkan pelajaran yang diperoleh selama ini. Berfikirlah lebih matang dan jangan terlalu mengharapkan pekerjaan cukup bulan terima gaji sebaliknya terus menimba pengalaman dan mencari inisiatif sendiri untuk mempelbagaikan latar belakang ijazah.

    Para graduan perlu yakin rezeki Allah itu maha luas dan terpulang diri sendiri untuk mengubah nasib sendiri.

    ADI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...