Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jangan kaitkan kahwin lelaki muda punca jatuh sakit – Nazmir

    Suami kepada Jasmin Hamid iaitu Nazmir bengang dengan tindakan segelintir warganet yang menulis komen keterlaluan mengaitkan hubungan seksual mereka sebagai punca pelakon itu diserang penyakit jantung.

    Nazmir atau nama sebenarnya Nazmir Abdul Rahman, 35, yang juga pengurus peribadi dramatis itu merayu warganet berhenti menulis komen berbaur lucah dan menghormati keadaan isterinya yang masih bertarung nyawa.

    “Saya nikahi Jasmin kerana Allah SWT. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri yang masih lagi di CCU kerana serangan jantung.”

    “Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya.

    “Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya di Facebook peribadi pelakon berkenaan pada malam Khamis. Nazmir turut memuat naik paparan skrin komen warganet yang menuduh perkahwinan mereka sebagai punca wanita itu diserang penyakit jantung.

    “Sebab kahwin pucuk muda sampai kena serangan jantung, yang lelaki tu cuci kaki masuk rumah.

    “Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda, kan dah masuk hospital.

    “Akibat suami muda kasihan” demikian antara komen-komen daripada warganet.

    Pada Rabu lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Sungai Buloh akibat serangan jantung. Nazmir, 36, memberitahu doktor memaklumkan isterinya mengalami serangan jantung itu disebabkan faktor kolesterol dalam badan selain mempunyai sejarah keluarga dengan sakit yang sama. – Agensi

    Nazmir merayu kepada warganet agar menghentikan komen-komen negatif mereka berdua. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...