Jangan lakukan pembakaran terbuka

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menyarankan orang ramai untuk memberikan kerjasama dan sama-sama mengambil peranan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka atau perunan sama ada membersihkan kawasan untuk bercucuk tanam, kawasan rumah atau kawasan lain seperti tapak pembinaan yang boleh menyebabkan risiko kebakaran dan memusnahkan harta benda serta boleh menyebabkan keadaan jerebu.

Menurut kenyataan JBP, hari ini, panggilan kejadian kebakaran hutan berdekatan simpang Satelit Bumi Telisai, Tutong telah diterima pada pukul 8:52 malam di mana sebuah jentera bomba bersama enam orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bukit Beruang yang diketuai oleh Ketua Pasukan A, Timbalan Pegawai Balai Said bin Abdullah dikejarkan ke tempat kejadian.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)