Wednesday, May 14, 2025
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan leka meski tiada penularan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyeru kepada rakyat agar tidak leka dan terus memperbanyakkan doa supaya terhindar daripada sebarang musibah, meskipun negara mencatatkan sifar jangkitan tempatan wabak COVID-19 melebihi setahun.

    Baginda menyentuh perkara itu semasa berkenan mengurniakan titah pada Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

    Baginda turut melahirkan rasa syukur kerana negara kini boleh meraikan sambutan Aidilfitri berbanding negara lain dengan terus mengikuti langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

    “Dengan tiada kes penularan tempatan melebihi setahun, keadaan ini membolehkan kita mengurangkan pelbagai sekatan serta dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih selesa. Beta mengagumi sikap sabar yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat dan penduduk dalam memberikan dukungan padu kepada kerajaan dalam usaha menangani wabak.

    “Secara khusus, Beta ingin mengulangi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan termasuk petugas-petugas keagamaan di atas sumbangan dan komitmen mereka menangani dan menghadapi situasi yang menakutkan ini,” jelas Baginda.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama para peserta yang membuat persembahan semasa acara tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Selain itu, Baginda turut berbangga melihat usaha padu semua agensi kerajaan, swasta dan badan-badan NGO yang bergerak aktif melaksanakan pelbagai inisiatif, usaha dan tindakan segera bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk terus terjamin.

    Terdahulu, Baginda bertitah bahawa Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya menyempurnakan ibadat puasa Ramadan.

    Maka menurut Baginda, adalah wajar untuk semua penduduk di negara ini meraikannya sambil memanjatkan penuh kesyukuran.

    “Ketika ini, Beta amat gembira mengalu-alukan kehadiran para peserta Sambutan Hari Raya anjuran Yayasan Beta kali ini yang mewakili semua para petugas barisan hadapan termasuk para petugas keagamaan yang mengisi rancangan-rancangan berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran di radio dan televisyen.

    “Demikian juga tidak terkecuali pegawai-pegawai perubatan yang terlibat secara langsung menangani pesakit wabak, pegawai-pegawai kesihatan awam yang bertungkus lumus mengesan dan mencari kontak-kontak pesakit demi mengekang penularan wabak, para pegawai dari pelbagai agensi yang terlibat menyumbangkan khidmat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menangani penularan, serta juga para sukarelawan yang turut membantu usaha ini tidak diragukan bahawa wabak koronavirus adalah satu ujian,” jelas Baginda.

    Setiap ujian, menurut Baginda lagi, pasti ada hikmahnya untuk dihadapi dengan sabar. Antara hikmah itu ialah ia mungkin sahaja mendorong kita lebih bersatu dalam menghadapi cabaran, atau lebih kreatif memperkasa diri dengan kemahiran-kemahiran dan lain-lain lagi seumpamanya.

    “Beta juga menyambut baik tema sambutan kali ini yang disepadankan dengan tema Majlis Ilmu 202 iaitu ‘Mensyukuri Nikmat Kesihatan Sebagai Anugerah Allah’, kerana kesihatan memang merupakan anugerah dan nikmat yang tidak ternilai harganya.

    “Dalam usaha kerajaan membangun bangsa dan negara, kesihatan adalah faktor yang turut diutamakan kerana jika rakyat dan penduduk sihat, barulah sumbangan mereka dapat diharapkan berkesan,” tambah Baginda.

    Dalam penduduk bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keadaan aman dan selesa, Baginda mengakhiri titah dengan mengingatkan rakyat agar tidak melupakan nasib umat Islam di bumi Palestin yang sedang bergelut mempertahankan diri dan negara mereka daripada pencerobohan musuh.

    “Bayangkan akibat pencerobohan ramai rakyatnya yang tidak berdosa menjadi korban, termasuk kanak-kanak, kaum perempuan dan orang ramai dengan harta benda yang musnah, terutama rumah-rumah kediaman tempat berteduh, tidak meragukan lagi pencerobohan ini adalah satu tindakan kejam yang melangkahi lunas-lunas kemanusiaan. Kepada Allah jua dipohonkan perhitungan,” tambah Baginda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/