Jangan leka semasa Fasa Peralihan

Setakat hari ini, negara kita sudah memasuki hari kelima Fasa Peralihan berikutan situasi wabak COVID-19, dengan pelbagai kelonggaran diberikan seperti pembukaan tempat ibadat, makan di kedai-kedai telah dibenarkan, riadah dan sebagainya.

Dengan kelonggaran itu, beberapa prosedur operasi standard (SOP) turut diperketat oleh pihak kerajaan seperti bagi sesiapa yang hanya mendapatkan satu suntikan vaksin atau yang belum menerima sebarang vaksin dihalang untuk memasuki mana-mana premis di negara ini. Walau bagaimanapun, arahan ini dianggap seperti tidak penting bagi sesetengah orang kerana ada yang masih berkeras dan melanggarnya. Senario pelanggan tidak mengimbas kod BruHealth dan suhu badan sering saya perhatikan meskipun sudah ditegur dan dihalang pekerja kedai memasukinya, namun dimarahi pelanggan, konon hanya masuk sekejap sahaja. Sekejap atau lama bukanlah alasan untuk kita melanggar arahan kerajaan kerana ia juga berisiko menyebarkan jangkitan.

Jangan Leka