TOKYO, 13 FEB – Seorang lelaki warga Jepun berusia 112 tahun telah dinobatkan lelaki tertua dunia, mendakwa senyuman merupakan kunci kepada umur panjang.
Chitetsu Watanabe, yang dilahir pada 5 Mac 1907 di Niigata, utara Tokyo, secara rasmi diberikan gelaran itu di rumah jagaan di bandar, kata Guinness World Records.
Pemegang rekod sebelumnya, Masazo Nonaka, juga warga Jepun, meninggal dunia bulan lalu pada usia 112 tahun dan 266 hari.
Watanabe, yang berkahwin dengan lima orang anak, berkata rahsia kepada umur panjang adalah ‘jangan marah dan sentiasa senyum.’
Beliau mengaku gemar memakan makanan manis seperti puding kastard tetapi nampaknya ia tidak menjejaskan kesihatannya.
Orang tertua yang masih hidup juga warga Jepun, Kane Tanaka, seorang wanita berusia 117 tahun.
Jepun mempunyai jangka hayat hidup tertinggi di dunia dan menjadi tempat tinggal kepada beberapa orang yang diiktiraf sebagai antara manusia tertua yang pernah hidup.
Orang paling tua yang disahkan, Jeanne Louise Calment dari Perancis, meninggal dunia pada tahun 1997 pada usia 122, menurut Guinness. – AFP


































