Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Jangan mudah tertipu dengan peniaga online

Baru-baru ini, saya ada membuat tempahan produk jam pintar (smartwatch) menerusi platform Instagram (IG) seorang penjual jam tempatan.

Kawan saya yang mengesyorkan untuk membuat pembelian daripada individu tersebut, kononnya harga yang ditawarkan adalah murah dan berbaloi.

Tambahan pula, saya diberitahu rakan saya bahawa dia pernah membuat pembelian menerusi laman IG individu itu dan dalam masa dua ke tiga hari sahaja barang yang ditempahnya sudah sampai seperti mana yang telah dijanjikan. Lantaran itu, pada bulan lepas saya membuat tempahan dengan harga yang ditawarkan, yang agak murah, bernilai $150 sahaja sedangkan saya pernah meninjau harga di beberapa tempat di mana ia dijual dengan harga sekitar $200. Terdapat jurang perbezaan harga yang agak besar di sini, jadi saya pun cukup berpuas hati dengan harga yang ditawarkan tanpa memeriksa lanjut dan memesan melalui IGnya.

Namun seminggu dan hingga ke hujung bulan menanti, saya masih belum menerima barangan ditempah walaupun sudah membuat pembayaran awal.

Dan sehingga kini pun, sudah memasuki dua bulan, saya masih belum menerima jam tersebut dan dari situ, saya tahu bahawa saya telah pun ditipu.

Saya terpaksa pasrah wang hilang begitu sahaja, tanpa khabar berita daripada penjual.

Ia menjadi pengajaran kepada saya dan saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati serta selidik dahulu peniaga online agar kitani tak mudah tertipu.

Penggemar jam pintar

Elakkan jadi mangsa penipuan perdagangan dalam talian
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -