Jangan pandang ringan penularan wabak COVID-19

Oleh Nurdiyanah R.

Gambar serahan Kementerian Kesihatan

Sehingga kini, dunia dan tidak terkecuali negara kita masih dibelenggu dengan penularan COVID-19 dengan jangkitan berlaku di mana-mana dan sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti.

Tetapi sungguh menyedihkan jika terdapat segelintir masyarakat yang kurang gentar akan isu jangkitan ini sehingga lalai atau enggan untuk menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya.

“Jangan sesekali pandang ringan dengan situasi masa kini, semuanya menjadi tanggungjawab kita untuk bersatu menggenggam peranan ma sing-masing di mana pun berada. Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri untuk memutuskan rangkaian wabak ini dari berlarutan. Sayangilah diri dan insan-insan di sekeliling kita,” itulah antara luahan tulus dari salah seorang pesakit COVID-19 yang menjalani tempoh kuarantin di Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC), Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, Hajah Najibah binti Haji Usin, ketika berkesempatan ditemui penulis dan rakan-rakan media secara maya baru-baru ini.

Inilah takdir Allah

Berkongsi detik-detik pengalaman mula dijangkiti, Hajah Najibah, 34 menjelaskan pada ketika itu beliau sedang menunggu waktu untuk melahirkan anaknya dan diarahkan untuk memasuki wad bersalin di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sekitar 28 September lalu.

“Namun siapa kita untuk melawan takdir Allah, Dialah Yang Maha Mengetahui. Semua yang terjadi pun dengan kehendakNya jua, setelah me nerima keputusan ujian swab yang dilakukan semasa berada di wad sebelumnya, saya disahkan positif COVID-19. Allahuakhbar! Ketika ini saya sudah menanti lebih 12 jam berada di dalam wad sebelum bersalin,” luahnya lagi yang turut berkongsi bahawa sebelum memasuki wad beliau juga sudah menjalani ujian swab pada awalnya dan pada ketika itu menerima keputusan negatif.

Hajah Najibah, salah seorang pesakit COVID-19 yang menjalani tempoh kuarantin di NIC, Hospital PMMPMHAMB, Tutong, ketika berkesempatan ditemui penulis dan rakan-rakan media secara maya, baru-baru ini.

Kesedihan dirasa hanya Allah yang tahu

Sebagai seorang yang sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) di mana pun berada itu, Hajah Najibah turut meluahkan perasaan bercampur baur pada ketika itu dan lebih-lebih lagi beliau tidak menghidapi sebarang gejala.

“Apa yang saya rasakan semua ada, resah gelisah, bercelaru dan sangat takut dengan memikirkan di manakah puncanya, siapakah pembawanya, adakah diri yang sebenarnya menjadi pembawa penyakit virus yang ditakuti ini.

Hati lagi terasa berat memikirkan cara lagi untuk menyampaikan berita dukacita ini, ditambah lagi dengan kerisauan yang belum ada penghujungnya memikirkan anak dan seluruh ahli keluarga yang berada di rumah.

“Sambil berdoa, bermunajat kepada Allah SWT demi mengharap tidak ada kejadian yang memudaratkan bakal terjadi. Namun hati ini sedikit lega, apabila mendengar perkhabaran keputusan semua ahli keluarga adalah negatif, Alhamdulillah!” ujarnya dengan menambah sejurus selepas menerima keputusan beliau yang positif COVID-19, beliau terus dipindahkan ke NIC, Hospital PMMPMHAMB, Tutong, untuk diasingkan dan demi menjaga keselamatan diri dan orang lain.

Bersyukur lahirnya seorang cahaya mata

Pada 30 September lalu, Hajah Najibah yang pada ketika itu masih berjuang melawan COVID-19, namun de ngan kehendak Allah SWT telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki secara pembedahan.

“Semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Kami berdua dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Sepanjang berada di NIC, Tutong, saya dan anak dijaga dan dilayan dengan baik sekali. Makan dan minum diberikan dan semua kemudahan ada disediakan untuk keselesaan pesakit.

“Terima kasih kepada para doktor dan jururawat serta para barisan hadapan yang berjuang pada saat sebegini. Semoga rahmat Allah sentiasa mengi ringi semua atas segala pengorbanan yang mereka laksanakan,” ucapnya tulus.

Kita semua bertanggungjawab

Hajah Najibah juga turut berkongsi kesyukuran kerana sempat menerima dua dos suntikan vaksin sebelumnya.

“Saya tidak dapat bayangkan jika saya belum menerima vaksin. Dengan izin Allah SWT jua, saya yakin usaha pengambilan vaksin itu juga membantu diri ini dari mendapat gejala-gejala yang lebih teruk berlaku.

“Saya sudah terjangkiti, apa yang saya ingin sarankan dengan hati yang terbuka untuk semua di luar sana agar sentiasa mematuhi semua peraturan dan saranan pihak kerajaan. Ingatlah, kesihatan adalah harta yang paling berharga pada masa ini demi menjaga ke selamatan diri, seluruh ahli keluarga dan orang awam.

“Oleh itu dapatkan vaksin secepat mungkin, teranah di rumah, kerap mencuci tangan dan pengamalan kebersihan diri. Pastinya sebagai orang Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk melindungi diri dengan perisai yang paling kuat di mana pun berada iaitu dengan memohon penjagaan dan perlindungan kepada Maha Pencipta” ucapnya dengan penuh harapan semasa mengakhiri sesi temu bual dalam talian, baru-baru ini.