Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jangan panik hidup dalam fasa endemik

    Baru-baru ini beberapa berita tular mengenai kes baharu COVID melonjak tinggi yang dikongsi melalui Whatsapp sehingga mencetuskan kerisauan dalam diri masyarakat di negara ini.

    Namun perlukah kita menunding jari kepada pihak kerajaan kerana tidak menyiarkan sebarang kes baharu berkenaan?

    Seharusnya kita perlu merasa ber-syukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan tidak mengongsikan kepada awam mengenainya demi mengelak tercetusnya ketakutan dalam diri orang ramai sehingga membuat spekulasi yang tidak munasabah. Sampai bila kita hendak maju jika kita ibarat ‘katak di bawah tempurung’ untuk menjalani kehidupan semasa endemik ini?

    Sebagaimana penjelasan Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada sidang media Isnin lalu, virus (COVID) tidak akan hilang begitu saja terutama adanya mutasi dan sebagainya kerana virus ini boleh bertahan lebih lama atau beralih kepada binatang dan lain-lainnya.

    Namun apa yang perlu kita lakukan jangan berasa panik dan yakin dengan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Dalam sidang media berkenaan juga, Yang Berhormat Dato menjelaskan pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam membuat persediaan untuk beralih ke fasa endemik, terutama daripada segi vaksinasi dan kerajaan juga telah menyediakan dan memperoleh banyak ubat antiviral.

    Sebenarnya bukan jumlah kes baharu yang difokuskan ketika ini. Namun apa yang kita perlu buat adalah persediaan untuk menanganinya. Apa yang penting juga, amalkan segala yang perlu untuk mengelak daripada dijangkiti seperti waspada semasa perhimpunan ramai, guna pelitup muka, lakukan penjarakan fizikal dan sentiasa sanitasi serta berdoa dan bertawakal.

    Sokong tindakan kerajaan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...