Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    ‘Jangan pentingkan diri, fikirkan orang lain’

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Orang ramai yang positif dijangkiti COVID dan kurang sihat dinasihatkan memikirkan orang lain di sekeliling mereka dan tidak mementingkan diri sendiri dengan keluar dari rumah dan ke tempat awam.

    Mereka perlu memikirkan mungkin ada pekerja, orang di restoran yang menjaga orang tua atau ada yang mempunyai penyakit berjangkit serta mempunyai imun yang rendah dan sebagainya.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menitipkan nasihat itu semasa menjawab persoalan mengenai perkara tersebut pada Sidang Media Norma Baharu COVID-19 di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Beliau menyarankan agar orang ramai yang merasa kurang sihat untuk membuat ujian saringan ART dan jika keputusan positif, disarankan membuat pengasingan diri dan terus berada di rumah sehingga keputusan kembali negatif, manakala bagi orang yang kurang sihat tetapi keputusan negatif, mereka hendaklah memakai pelitup muka.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menekankan, dengan amalan yang baik seperti bervaksin dan memakai pelitup muka dan jika positif membuat pengasingan, ia akan dapat mengawal penularan terutamanya untuk memastikan pesakit dalam kategori 4 dan 5 sentiasa rendah.

    Dengan berkat semua dan doa serta malam munajat yang terus diadakan setiap minggu, negara telah terpelihara daripada segala ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan. Untuk itu, orang ramai terus dialu-alukan untuk berbuat berdoa dan bermunajat, tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media COVID-19 di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...