Jangan pentingkan diri sendiri

Baru-baru ini terdapat satu post di salah satu group page laman sosial Facebook ada menyiarkan mengenai orang ramai melepak di kawasan dermaga pada waktu malam.

Dalam post berkenaan, pengirim menyatakan terdapat perkumpulan kereta dan motosikal di kawasan berkenaan yang dilihat oleh pengirim sendiri.

Saya amat kesal dengan perbuatan pihak yang dinyatakan pengirim. Ke mana kah sikap timbang rasa wahai pihak yang dinyatakan?

Jangan pentingkan diri sendiri, fikirkan orang lain juga.

Memang negara kita mencatatkan angka sifar bagi jangkitan COVID-19, namun tidak bererti kita sewenang-wenangnya melanggar arahan kerajaan.

Fikir keluarga orang lain, yang terpenting fikirkan petugas-petugas barisan hadapan kita.

Tidak susah dan tidak menyakiti mengikut arahan kerajaan.

Sesiapa saja pun sememangnya rindukan kehidupan yang bebas seperti dahulu tapi demi kemaslahatan bersama kita perlu akur apa yang diarahkan.

Tunggu saja dahulu, siapa tahu kita juga akan diberikan kelonggaran seperti negara-negara lain.

Memohon agar pihak berkuasa menjalani tugas dan tanggungjawab anda untuk memantau dan melakukan tindakan terhadap perkara ini.

Rakyat Brunei