‘Jangan pesan makanan berlebihan’

BEIJING, 13 OGOS – Rakyat China diberitahu supaya jangan memesan makanan berlebihan sebagai sebahagian daripada kempen oleh Presiden Xi Jinping untuk mengatasi pembaziran dan mengamalkan budaya berjimat-cermat.

‘Operasi pinggan kosong’ bertujuan mengubah tabiat budaya yang memesan makanan tambahan untuk sajian berkumpulan.

Xi dipetik dalam media pada minggu ini sebagai berkata pembaziran makanan adalah ‘amat mengejutkan,’ menambah ‘timbulnya keperluan untuk mengekalkan kesedaran krisis berhubung jaminan makanan.’

“Impak pandemik koronavirus pada tahun ini telah menambah kebimbangan untuk kita semua.”

Kumpulan katering serantau membalas seruan Xi dengan mengamalkan ‘dasar N-1’ – menggesa kumpulan pelanggan supaya memesan satu sajian kurang berbanding jumlah orang yang makan pada satu meja.

Kempen itu juga mencadangkan restoran menghidangkan bahagian yang lebih kecil atau separuh untuk mereka yang makan sendirian.

Satu kajian 2018 oleh Akademi Sains China mendakwa pelanggan restoran secara purata membazirkan 93 gram makanan setiap sajian, menyumbang kepada 18 juta tan makanan yang dibuang oleh bandar besar setiap tahun. – AFP