Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan politikkan PTPTN – Maszlee

    KODIANG, 23 Sept – Kementerian Pendidikan meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mengaitkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

    Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam.

    “Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

    Dr Maszlee Malik memberi ucapan semangat dan perangsang kepada murid Tahun Enam yang akan menduduki UPSR ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Siputeh, Padang Sera. – Bernama

    “Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Siputeh di sini, hari ini.

    Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Abd Aziz Selaiman  dan para pegawai kanan kementerian.

    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tiga hari lepas kesal terhadap sikap tidak amanah peminjam PTPTN yang menjadi punca jumlah tunggakan hutang pembayaran balik pinjaman tersebut menjangkau sehingga RM36 bilion. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda