Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jangan politikkan sukan

    BANGKOK, 17 NOV – Presiden Perancis, Emmanuel Macron kelmarin turut masuk campur dalam kontroversi yang melanda Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia dengan menegaskan sukan tidak seharusnya dipolitikkan.

    “Saya berpendapat kita tidak boleh mempolitikkan sukan,” kata Macron.

    Piala Dunia 2022 yang bakal membuka tirainya pada Ahad depan, dilanda kontroversi, termasuk tuduhan Qatar yang melanggar hak asasi manusia, penindasan, penganiayaan terhadap pekerja asing dan golongan LGBT.

    “Soalan-soalan begini pasti ditangani semasa penganjuran acara diputuskan,” katanya kepada wartawan di Bangkok, di mana beliau menghadiri sidang kemuncak forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

    Kapten bola sepak Perancis, Hugo Lloris menyatakan dia tidak akan menyertai kapten pasukan Eropah lain yang mahu memakai lilitan anti-diskriminasi semasa kejohanan, sambil menjelaskan yang dia mahu menunjukkan rasa hormat kepada Qatar sebagai tuan rumah perlawanan.

    Macron, yang akan ke Qatar jika Perancis mara ke peringkat separuh akhir, berkata, “Idea yang sangat teruk untuk mempolitikkan sukan”, sambil menyatakan Perancis akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024.

    Presiden itu berlepas ke Rusia pada 2018 untuk melihat Lloris menjulang Piala Dunia kedua Perancis selepas menang 4-2 menentang Croatia. – AFP

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kiri), berjabat tangan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha di Bangkok, kelmarin. Macron berpendapat sukan tidak wajar dipolitikkan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...