Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) menyatakan bahawa berhubung dengan situasi terkini COVID-19, kemungkinan ada kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai stok minyak di stesen minyak.
Sehubungan itu, BSM dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa stok minyak di negara ini mencukupi dan pihak BSM akan terus memantau status stok minyak di kesemua stesen minyak. Kenyataan menyatakan lagi bahawa penghantaran minyak juga akan dijalankan seperti biasa termasuk ke Daerah Temburong.
BSM mengingati orang ramai untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan mengingatkan mereka untuk mengesahkan maklumat-maklumat berkaitan ke Pusat Panggilan BSM di talian 2244739 atau melalui media sosial BSM.