Jangan sebar maklumat tidak sahih

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Berikutan tersebarnya teks pesanan ringkas melalui media sosial mengenai pendaftaran keputusan Peperiksaan IGCSE, BC-GCE ‘O’, ‘AS’ dan ‘A’ Level bagi bulan Oktober/November 2016 melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa pendaftaran melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) belum lagi dibukakan.

Sebarang maklumat berkaitan dengan pendaftaran keputusan itu akan diumumkan melalui saluran media rasmi. Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang awam.