Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jangan seksa, aniaya binatang

    Kes penganiayaan terhadap haiwan bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia sering kedengaran di Brunei dan juga di negara-negara luar.

    Oleh itu, timbul persoalan kenapa manusia sanggup melakukan perbuatan tersebut, adakah disebabkan emosi, perasaan geram serta marah terhadap binatang lalu sukar mengawal diri sehingga menyeksa mahkluk ciptaanNya.

    Baru-baru ini tular gambar di laman Facebook mengenai perbuatan individu mengikat tangan kucing di kawasan Rimba yang ternyata telah menganiaya binatang tersebut.

    Hal ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana tindakan zalim seperti ini bukan penyelesaian utama walaupun menganggap kucing sebagai gangguan kepada individu.

    Malah, haiwan juga tidak boleh dijadikan tempat untuk melepaskan geram. Kita tidak mempunyai hak untuk menghukum haiwan-haiwan terutama haiwan jinak dan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia.

    Perbuatan menganiaya binatang ini seperti mengikat, memukul, menjirus air panas merupakan satu senario yang membimbangkan kerana haiwan juga makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu dilindungi dan disayangi.

    Malah, perlu diingat Allah SWT mencipta manusia dan haiwan dengan tujuan tertentu yang ada peranan untuk saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

    Sehubungan itu, sebagai manusia kita hendaklah menerapkan elemen tanggungjawab terhadap haiwan di samping menghentikan sebarang bentuk penganiayaan kerana haiwan tidak mempunyai akal dan hanya bertindak jika diancam manusia.

    Hargai dan iktiraf haiwan dengan melindungi dan menjaga kebajikan haiwan-haiwan ini, sementelah lagi ada sebahagiannya menjadi teman dalam kehidupan kita.

    Si pencinta haiwan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...