Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

‘Jangan sia-siakan Ramadan’

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Sempena bulan Ramadan Mubarak, Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menganjurkan ceramah agama di surau sementara, Dewan Persidangan PPDB, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Timbalan Penguasa Polis (DSP), Awang Mohammad Amiruddin bin Haji Tunjang selaku pengerusi BUI, para pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, para pegawai, anggota dan kakitangan PPDB.

Ceramah bertajuk ‘Ramadan, Jangan Sia-siakan’ telah disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Perkembangan Ugama Pusat Dakwah Islamiah, Awang Isham bin Ismail.

Pada ceramah itu, beliau menyentuh keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadan yang mana umat Islam menumpukan sepenuh masa dan perhatian melaksanakan ibadah puasa dan amalan-amalan bagi merebut tawaran dan ganjaran yang Allah SWT sediakan bulan ini.

Awang Isham semasa menyampaikan ceramah di surau sementara Dewan Persidangan PPDB, Ibu Pejabat Polis Gadong.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -