Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    ‘Jangan terburu-buru tarik balik sekatan’

    BANGKOK, 21 APRIL – Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata kerajaannya tidak akan terburu-buru menarik balik larangan dan sekatan COVID-19 kerana kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan negara.

    Memandangkan situasi COVID-19 di Thailand bertambah baik dengan jumlah kes baru yang rendah, Prayuth berkata Kabinet akan membincangkan dan memutuskan sama ada untuk melanjutkan perintah darurat, yang dijadual berakhir pada 30 April, serta larangan dan sekatan lain yang dikenakan untuk membendung pandemik COVID-19, minggu depan. Beliau berkata pihak berkuasa berkaitan akan membuat keputusan berdasarkan faktor utama tertentu termasuk kerjasama rakyat dan isu kesihatan.

    “Situasi kini semakin baik dengan jumlah kes harian baharu yang rendah. Bagaimanapun, kita harus memantau situasi dengan teliti. Kita tidak harus terburu-buru (untuk menarik balik langkah-langkah yang dikenakan) tetapi tetap berhati-hati.

    Sementara itu , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran hari ini bahawa koronavirus akan muncul semula jika dunia bergegas untuk mengurangkan sekatan akibat virus itu ketika pemerintah mulai merancang untuk mengembalikan semula ekonomi mereka. Ini bukan masa untuk menjadi lemah. Sebagai gantinya, kita perlu mempersiapkan diri kita untuk hidup cara baharu demi masa depan yang dapat dijangka,” kata Dr Takeshi Kasai, pengarah serantau WHO untuk Pasifik Barat. – Bernama/AFP

    Gambar fail pada 16 Julai lalu menunjukkan reaksi Perdana Menteri Thailand Prayuth ketika sesi bergambar ramai bersama ahli kabinet di rumah kerajaan di Bangkok, Thailand. Prayuth berkata kerajaannya tidak akan terburu-buru menarik balik larangan dan sekatan COVID-19 kerana kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan negara itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -