Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan terpedaya e-mel palsu tawar

    5 tahunBANDAR SERI BEGAWAN, 4 Januari 2012 – “Bayangkan jika seseorang yang tidak dikenali menawarkan anda wang berjumlah 2 juta pound, adakah anda akan mempercayainya atau anda fikir ia satu penipuan?”

    Persoalan ini bermain di fikiran seorang pembaca Media Permata apabila beliau menerima satu e-mel daripada seorang wanita tidak dikenali yang menawarkannya wang sejumlah 2 juta pound baru-baru ini. Pembaca yang menunjukkan e-mel itu berkata bahawa beliau amat terkejut dengan isi kandungan e-mel berkenaan, terutama sekali kerana ia dihantar oleh pihak yang tidak dikenali.

    Beliau berkata bahawa dalam e-mel yang diterimanya itu, terdapat alamat e-mel untuk dihantar bagi bab urusan pertukaran milik. Atas rasa curiga, beliau membalas e-mel itu ke alamat berkenaan, namun sehingga hari ini, belum lagi menerima sebarang maklum balas.

    Beliau percaya bahawa e-mel itu adalah palsu dan berunsurkan penipuan kerana beliau membuat kajian melalui Internet mendapati terdapat bahan berita yang memberikan maklumat mengenai dengan kegiatan penipuan itu. Malah terdapat beberapa orang yang telah terpedaya dengan e-mel palsu berkenaan.

    Beliau menjelaskan lagi bahawa mereka yang terpedaya oleh pihak tidak bertanggungjawab itu telah kehilangan sejumlah wang yang kononnya digunakan bagi proses pindah milik wang berjumlah 2 juta pound itu.

    Media Permata yang menerima e-mel itu, mendapati e-mel tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu, kononnya daripada seorang ‘wanita’ Malaysia yang memaklumkan kepada penerima e-mel bahawa beliau adalah penghidap kanser di tahap serius.

    E-mel itu juga menyatakan bahawa pihak doktor mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai waktu yang lama untuk hidup dan disebabkan beliau dan arwah suami tidak mempunyai cahaya mata, mereka merancang mendermakan segala harta milik mereka.

    ‘Wanita’ berkenaan menyatakan lagi bahawa akan menyumbangkan wang sejumlah 2 juta pound kepada penerima e-mel dan bagi memudahkan segala urusan di antara dirinya dan penerima, akan mengarahkan peguamnya untuk menyediakan segala dokumen urusan antara beliau dan penerima.

    Di akhir e-mel, wanita berkenaan telah menyertakan alamat e-mel untuk berhubung dengannya bagi kerja-kerja selanjutnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda