Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Orang ramai diseru supaya tidak menyebarluaskan perkara yang tidak sahih akan kebenarannya dan juga tidak menyalahgunakan aplikasi yang ada untuk menyebar dan menularkan maklumat-maklumat yang tidak diketahui kesahihannya sehingga boleh menyentuh sensitiviti pihak lain sama ada individu, pemimpin, agama dan juga bangsa lain serta masyarakat awam.
Seruan ini dibuat oleh Penolong Pengarah (Perkhidmatan Korporat), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Rosli bin Haji Mohd Salleh semasa menyampaikan tazkirah subuh bertajuk ‘Klik dan Share’ semasa Program ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)