Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jangkitan bakteria punca kedua kematian global

    PARIS, 22 NOV – Jangkitan bakteria merupakan punca kedua kematian di seluruh dunia, menyumbang satu dalam lapan kematian pada 2019, menurut anggaran global yang pertama disiarkan hari ini.

    Kajian baharu itu, diterbitkan dalam jurnal Lancet, menyelidiki kematian daripada 33 patogen bakteria dan 11 jenis jangkitan di 204 buah negara dan wilayah. Patogen dikaitkan dengan 7.7 juta kematian – 13.6 peratus daripada jumlah global pada 2019 – tahun sebelum pandemik COVID meletus.

    Ia menjadikannya punca kematian kedua selepas penyakit jantung, yang termasuk serangan jantung, menurut kajian.

    Hanya lima daripada 33 bakteria bertanggungjawab terhadap separuh daripada kematian tersebut, iaitu Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Klebsiella pneumoniae dan Pseudomonas aeruginosa. S. aureus ialah bakteria yang biasa ditemui dalam kulit manusia dan hidung yang membawa pelbagai penyakit sementara E. Coli mengakibatkan keracunan makanan.

    “Data baharu ini buat pertama kalinya mendedahkan cabaran kesihatan awam global yang ditimbulkan oleh jangkitan bakteria,” kata penulis kajian, Christopher Murray, Pengarah Institut Kesihatan Metrik dan Penilaian. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...