Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Jangkitan contact tracing punca peningkatan kes

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan masyarakat tempatan kebelakangan ini telah pun dikenal pasti hasil daripada jangkitan contact tracing.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika mengulas mengenai peningkatan kes positif COVID-19 tempatan pada masa ini semasa berlangsungnya sidang media, petang tadi. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato turut menyarankan orang ramai agar tidak berasa cemas, memandangkan kes-kes berkenaan sudah diketahui punca jangkitannya dan mereka yang terdiri daripada kalangan contact tracing tersebut telah melakukan ujian swab dan dikenal pasti awal.

    “Dalam beberapa hari akan datang, berkemungkinan jumlah kes jangkitan ini masih akan mengalami peningkatan disebabkan oleh contact tracing kira-kira lebih 20 kes dan ke atas,” kongsinya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...