Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Jangkitan diramal meningkat sekitar Tahun Baharu

-

BERLIN, 23 DIS – Menteri Kesihatan Jerman hari ini berkata dia menjangkakan peningkatan jangkitan koronavirus semasa Tahun Baharu dan orang ramai berkemungkinan akan memerlukan suntikkan keempat untuk mengekalkan imunisasi terhadap COVID-19.

Tidak lama selepas itu, pusat kawalan penyakit kebangsaan berkata negara itu kini merekodkan kematian pertama akibat varian baharu Omicron.

Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach memberitahu radio WDR2 bahawa Jerman masih belum menyaksikan gelombang besar jangkitan baharu Omicron seperti beberapa buah negara Eropah lain.

“Ini akan berubah semasa Tahun Baharu dan pada minggu pertama bulan Januari,” kata Lauterbach.

Pusat kawalan penyakit kebangsaan, Institut Robert Koch, berkata 3,198 kes di Jerman adalah jangkitan Omicron setakat kelmarin, peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding hari sebelumnya. Ia turut memberitahu seorang pesakit yang dijangkiti Omicron meninggal dunia, namun tiada butiran dikongsikan dan hanya memaklumkan mangsa berusia antara 60 dan 79 tahun.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -