Jangkitan kes COVID-19 Iran cecah 4 juta

TEHRAN, 4 OGOS – Jangkitan COVID-19 di Iran kembali meningkat hari ini, mencecah rekod baharu buat tiga hari berturut-turut dan membawa jumlah keseluruhan kes kepada lebih empat juta.

Iran melaporkan 39,357 kes baharu dalam tempoh 24 jam hingga hari ini, menjadikan jumlahnya sejak pandemik bermula kepada 4,019,084, kata kementerian kesihatan.

Ia merekodkan 409 kematian sekaligus membawa jumlahnya keseluruhan 92,194.

Iran mengatakan ia bergelut untuk mengimport vaksin bagi 83 juta penduduknya disebabkan sekatan AS yang membuatnya sukar untuk memindahkan wang ke luar negara. Lebih 11 juta orang telah diberikan dos pertama namun hanya 2.8 juta saja yang telah menerima dua suntikan, kata kementerian. – AFP