Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Jangkitan merata tempat punca sukar kenal pasti asal kluster

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Penularan jangkitan COVID yang semakin berleluasa semasa gelombang ketiga ini telah menyebabkan pihak Kementerian Kesihatan berdepan kesukaran untuk mengenal pasti sumber asal jangkitan bagi satu-satu kluster berkenaan.

    “Kebanyakan kes tidak mengetahui bagaimana mereka mendapat jangkitan tersebut,” terang Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa ketika gelombang pertama hingga sekarang, kebanyakan kluster kes yang berlaku di negara ini telah dikaitkan dengan kediaman persendirian dan asrama pekerja (staff house atau dormitory).

    “Selain itu, beberapa kluster juga dikesan yang melibatkan kapal-kapal laut, tempat kerja, sekolah dan kedai dan institusi seperti pusat tahanan,” jelasnya lagi.

    Menurut beliau, semasa gelombang pertama dan kedua dahulu, penularan kes-kes COVID yang terhad telah didapati berlaku di negara ini dan keadaan tersebut telah membolehkan pengenalpastian kluster yang tepat dilakukan pada waktu itu.

    Menurut beliau, semasa gelombang pertama dan kedua dahulu, penularan kes-kes COVID yang terhad telah didapati berlaku di negara ini dan keadaan tersebut telah membolehkan pengenalpastian kluster yang tepat dilakukan pada waktu itu.

    “Mengikut istilah epidemiologi, definisi kluster ialah apabila tiga atau lebih kes dikaitkan dengan sesuatu lokasi, kumpulan atau kejadian yang berlaku pada masa yang sama di mana untuk menentukan kluster, maklumat yang tepat adalah diperlukan mengenai sumber jangkitan dan rangkaian penularan atau rangkaian jangkitan yang berlaku,” ujarnya.

    “Walau bagaimanapun, apabila penularan semakin berleluasa pada masa gelombang ketiga ini, penentuan sumber asal jangkitan bagi satu-satu kluster menjadi sangat sukar. Kebanyakan kes tidak mengetahui bagaimana mereka mendapat jangkitan tersebut,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato memberikan contoh, “dalam keadaan penularan yang tinggi seperti sekarang, seorang pekerja pejabat yang positif COVID berkemungkinan mendapat jangkitan daripada ahli rumahnya, rakan sepejabat atau tempat-tempat awam lain yang dikunjunginya. Oleh itu, untuk menentukan sumber asal jangkitan adalah sukar.”

    Oleh itu, katanya, penentuan rangkaian jangkitan ketika penularan sangat tinggi dalam kalangan masyarakat adalah kurang tepat dan menyukarkan pengenalpastian kluster.
    Dengan penularan yang tinggi di kalangan masyarakat ini, mengelakkan diri daripada kes-kes positif juga sangat sulit.

    “Walau bagaimanapun, untuk memberikan gambaran keberadaan kes-kes positif di negara ini, pemetaan epidemik atau epidemic mapping telah dilakukan melalui aplikasi BruHealth iaitu pengenalan hotspots berdasarkan alamat kediaman kes-kes,” kata Yang Berhormat Dato.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...