Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jangkitan Omicron di Brunei hanya tunjuk gejala ringan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Lapan kes Omicron di negara ini menunjukkan gejala ringan dan enam daripada mereka hanya mengalami gejala dalam masa dua ke tiga hari dan selepas itu mereka tidak lagi menunjukkan sebarang gejala.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkembangan lapan kes disahkan dijangkiti varian Omicron di negara ini yang hanya menunjukkan gejala ringan saja.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato seterusnya mengongsikan bahawa dua daripada lapan kes berkenaan masih mengalami batuk dan berada dalam kategori 2A.

    Jika dilihat dari segi gejala, gejala yang dihadapi mereka yang dijangkiti Omicron di negara ini adalah hampir sama dengan gejala Delta yang dialami negara.

    “Walau bagaimana pun kita masih lagi memantau terutama di negara barat yang mana mereka mempunyai banyak pengalaman dengan jumlah Omicron yang tinggi dan setakat ini di Brunei, enam orang sudah tidak menunjukkan gejala tapi dua orang masih ada gejala ringan saja,” jelasnya.

    Lapan kes Omicron di negara ini hanya menunjukkan gejala ringan sahaja.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...