Jangkitan virus di India meningkat

NEW DELHI, 23 JUN – India mencatatkan hampir 15,000 lagi jangkitan baharu koronavirus tatkala beberapa negeri yang kurang terjejas oleh lonjakan awal virus ini mempertimbangkan penutupan baharu untuk mengekang peningkatan kes tersebut.

Kementerian kesihatan India hari ini mengatakan bahawa jumlah di seluruh negara telah mencapai 440,215 kes, termasuk 14,011 kematian. Negeri Delhi, yang merangkumi ibu kota New Delhi, telah melaporkan 62,655 kes dengan kadar jangkitan baharu meningkat dengan cepat dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas lockdown di seluruh negara dilonggarkan. – AFP