Jangmi badai Korea Selatan

SEOUL, 10 OGOS – Taufan Jangmi, taufan kelima musim ini, membadai pulau peranginan Jeju, Korea Selatan hari ini, lapor agensi berita Yonhap.

Hujan diramal di semua wilayah di negara itu, memandangkan Jangmi kini bergerak ke arah timur laut dengan kelajuan angin 38kmsj, kira-kira 210km di tenggara Seogwipo, pada 7 pagi waktu tempatan.

Taufan, di Korea Selatan bermakna ‘mawar’.

Musim tengkujuh tahun ini, bermula 24 Jun di wilayah tengah, belum menunjukkan tanda akan berkurangan, musim diramal berakhir penghujung Ogos.

Ia juga dijangka mencatat rekod baharu sebagai musim monsun terpanjang selepas yang terakhir selama 49 hari pada 2013. Sekarang ia sudah berlanjutan selama 47 hari dan kemungkinan akan melebihi 50 hari, kerana hujan diramal berterusan sehingga pertengahan Ogos. – Bernama