Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Janna kesal dengan warganet

    Buatlah apa sahaja, setiap inci perilaku Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34, Janna Nick sering mengundang kecaman.

    Baik atau buruk, ia pasti dihakimi. Hinggakan niat baik pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Shakira itu membina Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah dipandang serong.

    Ia termasuklah sumber wang digunakannya untuk membina pusat tahfiz, selain jubah hitam digayakan ketika melawat tapak pembinaan yang agak ketat turut menjadi bualan.

    Sebelum itu, insiden rakaman kamera papan pemuka kejadian penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan diseret ketika mengejar penjenayah yang dimuat naik Janna dalam aplikasi TikTok dan Instagram (IG) mengundang pelbagai pertikaian.

    Janna berkata, hidup ini bukan mudah untuk memuaskan hati orang. Namun, jika selama-lamanya nak jaga hati orang, dia sendiri takkan ke mana-mana.

    “Tidak mengapa, saya anggap ini ujian dan cermin diri agar tidak menjadi seperti segelintir warganet. Macam saya tulis dalam IG, jika kita boleh kongsi benda negatif, kenapa tidak boleh berkongsi perkara positif. Seperti usaha saya mencari dana membina pusat tahfiz ini.

    Janna berkata, hidup ini bukan mudah untuk memuaskan hati orang. – Agensi

    “Saya bukannya malaikat, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

    “Soal halal, haram atau sebagainya biarlah Allah mengadili. Terpulanglah kepada mulut warganet yang mahu mempersoalkannya,” katanya kepada media.

    Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, dia kesal dengan tindakan segelintir warganet yang mempertikaikan halal haram sumber pendapatan dalam menjayakan projek murni ini.

    “Tetapi, saya tidak mampu menutup mulut warganet yang gemar mencari salah berbanding menyokong perkara baik. Buat baik tetap nak cari kesalahan saya.

    “Sebenarnya, sudah dapat menebak pertikaian ini berlaku dan menjadi perbalahan warganet. Tetapi, saya enggan ambil pusing, sebaliknya mahu fokus mencari dana demi membangunkan pusat tahfiz ini,” katanya.

    Berhubung jubah hitam agak ketat ketika melawat tapak pembinaan kompleks tahfiz dan anak yatim, Janna enggan komen, tidak mahu isu itu tidak dipanjangkan.

    “Jika ada silap dan salah, saya mohon maaf,” katanya ringkas.

    Mengulas tuduhan warganet tak turun kereta membantu pembaca berita TV3, Khairul Rizuan, Janna berkata, dia sebenarnya turun kereta dan bertemu Khairul Rizuan, cuma tidak menyiarkan video penuh.

    “Awalnya, saya memang tidak tahu Khairul Rizuan bekerja sebagai penyampai berita di TV3.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...