Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Janna tampil lagu Gatal Raya

    Penangan lagu Gatal yang dinyanyikan oleh Janna Nick akhirnya membawa kepada ilham untuk diubah kepada versi yang disesuaikan dengan mood sambutan Aidilfitri.

    Hal itu dikongsikan oleh penyanyi tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, yang turut menyebut lagu Gatal versi raya itu telah mendapat sentuhan seorang DJ antarabangsa terkenal dari Denmark.

    Menerusi penghasilan Gatal (SMYLES Remix versi raya), Janna berpendapat ia adalah sebuah idea yang bernas memandangkan lagu tersebut mendapat perhatian peminat muzik secara global terutama apabila ia popular di platform Tiktok.

    “Pihak Warner ada menyatakan idea bernas mereka untuk menghasilkan Gatal versi remix kerana sambutan yang sungguh luar biasa daripada pendengar muzik global, dan kebetulan SMYLES juga adalah artis di bawah naungan label yang sama.

    “Single rancak berentak pop moden yang sensual dalam tempo perlahan ini diberikan ‘nyawa’ baharu oleh SMYLES yang sememangnya pakar dalam penciptaan muzik berentak EDM.

    Penangan lagu Gatal yang dinyanyikan oleh Janna Nick akhirnya membawa kepada ilham untuk diubah kepada versi Aidilfitri. – Agensi

    “Saya pun tengok, demam lagu Gatal belum lagi reda-reda. Memandangkan sambutan luar biasa yang berterusan oleh peminat dengan jumlah tontonan sebanyak 6.6 juta di laman YouTube, pihak Warner mencadangkan agar single Gatal ‘dirayakan’ pula,”katanya.

    Selain itu, kata Janna, komposer asal, Aepul Roza juga telah dipertanggungjawabkan semula untuk menulis lirik dan menggubah muziknya sesuai dengan mood hari raya.

    Jelas Janna, Gatal Raya berjaya dirakamkan dalam masa 2 jam sahaja di Studio Dramabois, manakala proses adunan serta suntingannya pula telah mengambil masa selama seminggu untuk dilaksanakan.

    “Walaupun jadual seni saya agak padat, kami berjaya merakamkannya dalam masa yang singkat, ini kerana saya sudah pun bekerja dengan Aepul sebelum ini dan saya faham apa yang dikehendakinya ketika berada di dalam studio.

    “Namun begitu, saya tidak berpeluang lagi menghasilkan MV (video muzik) kerana kekangan masa, jadi kami akan melancarkan audio rasmi sahaja di laman YouTube,” tambah Janna.

    Single rancak dalam nuansa moden ini masih lagi mengekalkan tempo yang sama namun ada penambahan muzik daripada instrumen yang sering digunakan dalam kebanyakkan lagu Raya.

    Dalam pada itu, kata pelakon berusia 26 tahun ini, Ramadan adalah bulan untuknya bekerja dan melunaskan pelbagai aturan seni yang telah direncanakan setelah sekian lama manakala Aidilfitri baginya adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana berpeluang bertemu semula dengan keluarga yang sudah lama tidak bersua.

    “Semoga lagu raya ini diterima ramai serta menghiburkan kesemua rakyat Malaysia dan dapat menemani pendengar di sepanjang perjalanan pulang ke kampung nanti.

    “Saya juga berharap agar lagu atau penjenamaan Gatal terus mendapat sokongan dan diingati sampai bila-bila,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...