Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Janna terharu peminat bantu sunting gambarnya

    Pelakon, penyanyi dan juga pengacara berbakat, Janna Nick memuat naik gambar di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai peminatnya.

    Menjengah ke Instagram Janna, selebriti ini memuatnaik gambar di kolam renang di sebuah hotel terkemuka di Singapura sambil menulis kapsyen ringkas.

    “Minta tolong yang pandai.. Edit out orang belakang tu,” tulisnya.

    Tidak lama kemudian, Janna memuat naik hantaran di Instagram Story dengan memaparkan hasil suntingan peminatnya yang berjaya menyunting latar belakang gambarnya.

    “Ada yang berjaya.”

    So cute lah korang. Rajin edit @molliedollys,” coretnya.

    Melihat hasil suntingan tersebut, Janna tidak menyangka peminatnya sanggup luangkan masa dan rajin membantu untuk menyuntingkan gambarnya itu.

    Meninjau perkembangan terkini selebriti serba boleh ini pula, Janna kini bergelar seorang penulis skrip, pengarah dan juga penerbit tanah air.

    Untuk rekod, Janna baru saja selesai mengarahkan penggambaran berjudul Tangisan Pontianak di bawah terbitan syarikat produksinya sendiri iaitu JN Studios & Entertainment. – Agensi

    Janna Nick memuat naik gambar di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai peminatnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...