Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jaringan akhir Puertas kecewakan harapan Barca

    BARCELONA, SEPANYOL, 9 JAN – Barcelona yang bermain dengan 10 dibolosi pada minit akhir untuk terikat seri menentang Granada 1-1 selepas Dani Alves membuka peluang dalam perlawanan liga pertamanya sejak kembali ke kelab itu.

    Pemain berusia 38 tahun, Alves membuat hantaran dari jarak jauh kepada Luuk de Jong untuk menanduk masuk ke gawang pada minit ke-57.

    Tetapi pasukan Granada terus mara ke hadapan selepas pemain remaja, Gavi Paez mendapatkan kad kuning keduanya dengan hanya baki 10 minit. Antonio Puertas menjaringkan pada minit ke-89 untuk menyamai kedudukan dengan Barcelona.

    Alves, membantu Barcelona memenangi gelaran juara sebanyak 23 kali dari tahun 2008 hingga 2016, telah memulakan aksi keduanya pada hari Rabu lalu ketika pasukan divisyen tiga, Linares dikalahkan 2-1 dalam Copa del Rey.

    Barcelona berada di kedudukan keenam selepas mereka terlepas peluang untuk menaiki tangga ketiga dan tempat di Liga Juara-Juara.

    “Kami merasa marah dan terdesak kerana kami membiarkan dua mata terlepas begitu saja,” kata jurulatih, Xavi Hernandez. “Hasil kad merah jelas mengubah perlawanan, tetapi kami sudah melakukan terlalu banyak kesilapan, kehilangan banyak bola. Ia mungkin disebabkan kekurangan pengalaman daripada pemain muda, tetapi ia membuktikan sukar untuk kami mengekalkan penguasaan bola apabila kami perlu.”

    Tujuan Barcelona seterusnya ialah pergi ke Arab Saudi untuk bermain clasico menentang Madrid pada hari Rabu dalam separuh akhir Piala Super Sepanyol. – AP

    Aksi pemain Barcelona, Dani Alves bergelut untuk mendapatkan bola menentang pemain Granada semasa perlawanan bola sepak La Liga di antara Granada dan Barcelona di stadium Los Carmenes, Granada, Sepanyol, 8 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...