Jaringan Diego Costa ika altletico Bilbao

MADRID, 15 JUN – Diego Costa menjaringkan gol pertamanya sejak Oktober lalu tetapi Atletico Madrid terlepas peluang untuk melangkah ke kedudukan empat teratas La Liga setelah seri 1-1 menentang Athletic Bilbao semalam.

Costa meraikan jaringannya dengan mengangkat jersi Virgina Torrecilla, pemain dari pasukan wanita Atletico, yang menjalani pembedahan tumor otak bulan lalu.

Jaringan penyamaan itu muncul dua minit selepas Iker Muniain memberikan Bilbao gol pendahuluan menjelang akhir separuh masa pertama perlawanan dan kedua-dua pasukan tidak dapat mencari peluang kedua di Stadium San Mames yang kosong, dengan pemain pertahanan Atletico, Santiago Arias gagal menggunakan peluang terbaiknya pada minit-minit akhir perlawanan.

Perlawanan ini selalu menjadi salah satu perlawanan yang sukar dalam pertembungan Atletico tetapi peluang mereka terlepas setelah harapan mereka terhadap Valencia dan Getafe, kedua-duanya gagal menang pada perlawanan Sabtu lepas.

Pasukan Diego Simeone berada di tempat keenam La Liga, kini memiliki kelebihan satu mata dengan Getafe dan Real Sociedad, walaupun Real memiliki satu lagi perlawanan menentang Osasuna Ahad depan.

Athletic Bilbao kekal di tangga ke-10, lima mata di belakang Valencia di tangga ketujuh.
Atletico adalah antara pasukan Sepanyol yang paling teruk terkena wabak COVID-19 dan laporan di Sepanyol minggu ini menunjukkan bahawa kelab itu akan menanggung kerugian sekitar 100 juta euro jika mereka gagal mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mereka masih menjadi pilihan untuk mengungguli Real Sociedad, Getafe dan Valencia ke tempat keempat tetapi kebimbangan terhadap rekod buruk mereka di tempat lawan sering menghantui mereka.

Satu-satunya pasukan yang mereka berjaya kalahkan tahun ini ialah Liverpool.

Jaringan Costa disambut baik setelah pemain berusia 31 tahun itu baharu kembali dari tiga bulan kecederaan sebelum perlawanan ditangguhkan pada bulan Mac lalu. – AFP

Reaksi Diego Costa ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan bola sepak La Liga antara Athletic Club Bilbao dan Club Atletico de Madrid di stadium San Mames, Bilbao, semalam. – AFP