Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan Ginter bantu Jerman benam Ukraine

    KIEV, 11 OKT – Jerman mencatat kemenangan pertama mereka dalam peringkat kumpulan Liga Negara-Negara UEFA kelmarin dengan kemenangan 2-1 di tempat lawan menentang Ukraine untuk memecahkan rekod tiga keputusan seri berturut-turut, tetapi pengurus pasukan, Joachim Loew mengakui mereka sepatutnya memenangi perlawanan dengan lebih banyak gol.

    Pemain pertahanan Matthias Ginter meletakkan Jerman di hadapan pada separuh masa pertama di Kiev, kemudian Leon Goretzka menambah gol selepas kesilapan oleh penjaga gol Ukraine sebelum Ruslan Malinovskyi menyumbat satu gol menerusi sepakan penalti buat pasukan tuan rumah. Loew yang ‘berpuas hati’ dengan kemenangan di tempat lawan tetapi mengakui bahawa ‘mereka sepatutnya mampu menjaringkan tiga atau empat lagi gol di hadapan sebelum berjaya memecah kebuntuan’.

    Sepakan penalti telah disempurnakan oleh Malinovskyi selepas kekasaran yang dilakukan oleh Niklas Suele, yang ‘tidak sepatutnya dilakukan dan telah memberikan peluang untuk Ukraine menjaringkan gol’.

    “Sewaktu perlawanan kami beberapa kali kehilangan bola dengan mudah,” tambah Loew.

    Selepas mencatat keputusan seri dalam perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara UEFA menentang Sepanyol dan Switzerland, kemudian terikat 3-3 sama dengan Turki dalam perlawanan persahabatan pada Rabu lalu, kemenangan tersebut meletakkan Jerman di tempat kedua dalam peringkat kumpulan di belakang Sepanyol. – AFP

    Aksi Leon Goretzka cuba merebut bola dari lawan semasa pertemuan di Kiev. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda