Jaringan giroud beri chelsea satu kelebihan

BUCHAREST, 24 FEB – Jaringan cantik Olivier Giroud memecahkan benteng pertahanan Atletico Madrid dan memberikan Chelsea kemenangan dan jaringan berharga di tempat lawan kelmarin selepas mencatat kemenangan 1-0 dan memberikan kelebihan buat pasukan Thomas Tuchel di kejohanan Liga Juara-Juara pusingan 16 terakhir.

Jaringan akrobatik Giroud pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid tetapi kemudian dibenarkan selepas VAR menunjukkan Mario Hermoso adalah pemain terakhir menyentuh bola, memberikan cabaran besar kepada harapan Atletico untuk mara ke suku akhir.

“Saya tidak tahu apa yang perlu difikirkan mengenai gol, saya hanya fokus untuk membuat rembatan,” kata Giroud. “Saya menggemari tendangan atas kepala dan saya juga gembira untuk melihat bola memasuki gawang. Saya tidak mengetahui mengenai ofsaid atau tidak.”

Pasukan Diego Simeone mempersembahkan aksi pertahanan yang penuh disiplin sehingga saat tersebut tetapi gerakan pintar Giroud bermakna mereka akan terpaksa menjaringkan gol di London pada 17 Mac jika mereka ingin mengelak dari disingkirkan awal.

Ia juga persembahan merisaukan buat Atletico, yang mendahului La Liga juga dalam keadaan terancam selepas merekodkan satu kemenangan dalam empat perlawanan.

“Jika anda berkata kepada saya pada September kami akan tewas pusingan pertama 1-0 dan berada di puncak liga, saya sudah pasti menandatanganinya,” kata Simeone.

“Keputusan tidak menyebelahi kami jadi kami terpaksa berusaha dan terus berusaha.”
Chelsea sementara itu melepasi cabaran sejak Tuchel dilantik pada hujung Januari, beraksi dengan baik menentang pasukan bawahan di Liga Perdana Inggeris dengan persembahan mantap menentang salah sebuah pasukan elit Eropah.

“Kami tahu kekuatan mereka dan bagaimana menangani mereka,” kata Giroud. “Kami perlu kekal fokus dan menyelesaikan tugas.”

Gol Giroud pada minit ke-68 merupakan gol ketiga Atletico dibolosi dalam 14 perlawanan di gelanggang sendiri di Liga Juara-Juara peringkat kalah mati di bawah Simeone, walaupun perlawanan ini hanya di laman sendiri dari segi nama. – AFP

Aksi penyerang Chelsea, Olivier Giroud melakukan sepakan atas kepala untuk melengkapkan kemenangan buat Chelsea menentang Atletico Madrid, kelmarin. – AFP