Jaringan Gomez bantu Atalanta benam Lazio

MILAN, 1 OKT – Papu Gomez menjaringkan dua gol tatkala Atalanta berjaya membenam Lazio 4-1 di Rom sementara saingan juara Serie A, Inter Milan berjaya menundukkan Benevento 5-2 pada perlawanan semalam.

Dua perlawanan pembukaan musim baharu yang telah dijadualkan telah ditangguhkan kerana kempen kejohanan Eropah Atalanta dan Inter pada bulan Ogos lalu. Kedua-dua pesaing utara itu berjaya menunjukkan kekuatan mereka sekali gus mempamerkan harapan sebagai pesaing kuat setelah Juventus memenangi gelaran Serie A ke-10 berturut-turut, dengan pasukan juara bertahan itu hanya mendapat keputusan seri di Roma pada perlawanan Ahad lalu.

Atalanta dan Inter kini berada di puncak liga Serie A, diikuti dengan Napoli, Hellas Verona dan AC Milan dengan masing-masing mengumpulkan enam mata penuh selepas dua perlawanan.

Juve hanya berjaya mengutip empat mata sebelum mereka menjadi tuan rumah menentang Napoli Ahad ini.

Atalanta berjaya mendahului perlawanan dengan menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dengan jaringan daripada Robin Gosens, Hans Hateboer dan Gomez dan mereka mengelakkan kesilapan musim lalu di mana Lazio kembali bangkit menyamakan kedudukan seri 3-3.

“Kami semua tahu apa yang telah terjadi sebelum ini dan kami membincangkannya pada separuh masa,” kata pemain pertahanan Belanda, Hateboer. – AFP

Aksi penyerang Atalanta, Alejandro Gomez (kanan) ketika membawa bola di depan pemain pertahanan Lazio, Patric semasa perlawaanan Serie A antara Lazio dan Atalanta semalam di Stadium Olimpik, Rom. – AFP