Jaringan Kane raih kemenangan pertama Spurs

LONDON, 24 JUN – Harry Kane menjaringkan gol pertamanya pada tahun 2020 ketika Tottenham menarik nafas baharu dalam cabaran mereka untuk merebut tempat Liga Juara-Juara musim depan dengan kemenangan 2-0 ke atas West Ham semalam.

Ketua pasukan England itu kembali melakukan persembahan yang gigih dalam penampilan pertamanya menentang Manchester United Jumaat lalu setelah enam bulan tidak beraksi.

Jaringan sendiri Tomas Soucek telah membuka jaringan awal ketika West Ham kekal selamat di luar zon penyingkiran hanya dengan perbezaan satu gol.

Pasukan Jose Mourinho layak mendapat kemenangan pertama dalam lapan perlawanannya sejak Februari lalu.

Kemenangan membawa Spurs berada enam mata dari tempat empat teratas dan berbeza satu mata dari Manchester United di tangga kelima.

Aksi Harry Kane ketika menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan West Ham di Stadium Tottenham Hotspur, London, semalam. -AP

Sekiranya rayuan Manchester City terhadap larangan dua musim mereka dari menyertai pertandingan Eropah tidak berjaya, maka kedudukan di tempat kelima liga cukup baik untuk melayakkan ke Liga Juara-Juara 2020/21.

Dengan hanya berbaki 14 perlawanan sahaja lagi sejak Liga Perdana Inggeris kembali semula tujuh hari yang lalu, Spurs memulakan perlawanan yang agak perlahan untuk menembusi gawang West Ham.

Mourinho menyatakan kegembiraannya kerana mempunyai enam pilihan pemain serangan sejak dia mengambil alih tugas pengurus itu pada bulan November.

Beliau menurunkan Lucas Moura, Dele Alli, Kane dan Son Heung-min dalam posisi serangan dengan Steven Bergwijn dan Erik Lamela berada di bangku simpanan.

Son fikir dia telah berhasil menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi jaringan gol itu disahkan ofsaid selepas tinjauan VAR.

Spurs masih mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan tempat empat teratas liga. – AFP