Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Jaringan Kean bantu Juve rapatkan jurang

    ROM, 26 APRIL – Gol minit akhir Moise Kean memberikan Juventus kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo dalam perlawanan Serie A kelmarin, membolehkan mereka merapatkan jurang dengan Napoli yang berada di tangga ketiga kepada satu mata.

    Sassuolo beraksi dengan baik untuk memunggut satu mata namun Kean berjaya merembat bola dua minit sebelum masa tamat.

    Bola jauh daripada pertahanan Leonardo Bonucci berjaya dikawal oleh Kean, yang dimasukkan pada minit ke-67 menggantikan Alvaro Morata, melepaskan kekangan Vlad Chiriches dan membuat percubaan melepasi penjaga gol, Andrea Consigli.

    Kemenangan saat-saat akhir tersebut mengekalkan Juve di tangga keempat, lapan mata di belakang pasukan pendahulu, AC Milan, namun lebih penting, mereka berada lapan mata dihadapan Roma yang mengejar kedudukan terakhir Liga Juara-Juara.

    Kekalahan itu ternyata mengecewakan bagi Sassuolo yang merupakan pasukan yang lebih baik untuk sebahagian besar perlawanan, mencetuskan masalah sejak awal apabila tandukan Davide Frattesi tersasar. Gianluca Scamacca juga memberikan saingan sengit, memaksa penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny melakukan aksi menyelamat.

    Serangan pertama Juve hampir memberikan kelebihan apabila Paulo Dybala menyangka dia telah menjaringkan gol, hanya untuk dihalang oleh Frattesi pada saat akhir.

    Sassuolo memecah kebuntuan untuk mendahului pada minit ke-39. Morata kehilangan bola dan dirampas oleh Berardi lalu membuat hantaran kepada Giacomo Raspadori yang kemudian menjaringkan gol namun Juve bangkit menyamakan kedudukan.- AFP

    Aksi Moise Kean (kiri) menanduk bola semasa perlawanan Serie A antara Sassuolo dan Juventus, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...