Jaringan lewat Morata bawa Juve ke 16 akhir

TURIN, ITALI, 25 NOV – Alvaro Morata berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan dengan Cristiano Ronaldo juga berjaya menemukan jaringan untuk membantu Juventus mara ke peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara selepas menang 2-1 ke atas Ferencvaros semalam.

Myrto Uzuni memberikan kejutan apabila meletakkan pasukan dari Hungary itu mendahului perlawanan pada minit ke-19 dalam pertembungan Kumpulan G di Turin.

Namun Ronaldo berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit ke-35, gol pertamanya dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini dan yang ke-131 untuk keseluruhan gol dalam kejohanan itu.

Morata yang diturunkan dari bangku simpanan memastikan kemenangan buat pasukannya dua minit sebelum waktu kecederaan dan merupakan gol kelimanya musim ini dalam peringkat kumpulan.

“Hari ini saya fikir saya bernasib baik kerana menjaringkan gol tapi tidak semua anggap ia bernasib baik, setiap orang mahukan gol ini, itu yang penting.

Reaksi penyerang Juventus, Alvaro Morata ketika meraikan gol Federico Chiesa semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang Ferencvaros, di Stadium Allianz di Turin, semalam – AP

“Ia satu perlawanan yang sukar, begitulah saingan di Liga Juara-Juara sekarang.”

Andrea Pirlo mencapai objektif sebagai jurulatih Juventus selepas mengambil alih daripada Maurizio Sarri, pengurus dari Itali itu gagal membawa pasukan itu mara ke saingan 16 akhir apabila tewas kepada Lyon musim lalu.

“Matlamat kami adalah untuk memulakan pertandingan ini dengan semangat berbeza namun apabila anda bermain permainan yang nampak sederhana ini, anda akan berdepan kesukaran,” kata Pirlo.

“Permainan kami terlalu perlahan. Kami tidak berusaha keras selepas banyak perlawanan, namun adalah normal tidak mempunyai intensiti yang sama.

“Pemain bermain dengan bijak dan cuba untuk menang hingga ke penamat. Kami mendapat hasilnya dan itu yang penting.”

Ferencvaros mengejar kemenangan di peringkat kumpulan pertama mereka sejak 1995, setelah tewas dalam pertemuan sebelum ini 4-1 di Budapest. – AFP