Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaringan lewat Scott McTominay tundukkan Israel

    GLASGOW, 10 OKT – Jaringan dramatik lewat perlawanan dari Scott McTominay menyaksikan Scotland menewaskan Israel 3-2 semalam dalam usaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia.

    Pemain tengah Manchester United itu menjaringkan gol pada masa kecederaan sekali gus menggembirakan 50,000 penyokong yang memenuhi Stadium Hampden Park.

    Eran Zahavi meletakkan Israel di depan pada awal perlawanan menerusi sepakan percuma sebelum John McGinn menyamakan kedudukan untuk skuad bimbingan Steve Clarke.

    Munas Dabbur kembali meletakkan Israel di depan pada minit ke-31 tetapi Lyndon Dykes menyamakan kedudukan di minit ke-55 sebelum McTominay muncul wira Scotland.

    Scotland kekal di tangga kedua Kumpulan F dengan 14 mata di belakang pendahulu, Denmark.

    “Jaringan pertama menyebabkan kami perlu mengejar lawan dan menjadikan perlawanan agak sukar dengan gagal menguasai perlawanan pada separuh masa pertama,” kata Clarke. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda