Jaringan lewat Veloso ikat Inter

ROM, 10 JULAI – Inter Milan diikat 2-2 oleh Hellas Verona pada perlawanan semalam apabila pasukan Antonio Conte gagal melangkah ke tempat ketiga di Serie A.

Inter sebelum ini dikejutkan apabila tewas menentang 10 pemain Bologna 2-1 pada hujung minggu lalu, ketinggalan satu gol setelah hanya dua minit selepas Darko Lazovic menjaringkan gol. Pemain sayap Serbia itu menemukan jaringan apabila berjaya menembusi gawang lawan.

Ia hampir menemukan jaringan kedua untuk pasukan yang baharu dinaikkan ke Serie A musim lalu ketika percubaan Miguel Veloso terkena palang gol.

Inter, bagaimanapun, berada di kedudukan yang baik setelah berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-49 perlawanan melalui jaringan Antonio Candreva yang berhasil mendapatkan bola kembali selepas percubaan Romelu Lukaku terkena tiang gol. – AFP