Jaringan Lukaku kekang Roma

MILAN, 20 JULAI – Inter Milan terlepas peluang untuk mengekalkan tekanan kepada juara bertahan Juventus apabila pasukan Antonio Conte seri 2-2 menentang Roma semalam, sekali gus memberi ruang untuk Juve menghampiri gelaran liga kesembilan berturut-turut mereka.

Jaringan sepakan penalti oleh Romelu Lukaku dua minit sebelum masa perlawanan tamat membawa pulang satu mata untuk Inter yang berada di kedudukan kedua liga, lima mata berada di belakang Juventus.

Pasukan Maurizio Sarri dapat mendahului lapan mata di tangga teratas Serie A ketika mereka akan menjadi tuan rumah menentang Lazio yang berada di tangga keempat pada perlawanan seterusnya.

Stefan De Vrij berjaya menjaringkan gol pembukaan buat Inter di Stadium Olympico menerusi sepakan sudut Alexis Sanchez selepas 15 minit perlawanan bermula.

Tetapi kapten Roma, Edin Dzeko berjaya melakukan hantaran kepada Leonardo Spinazzola untuk gol penyamaan sebelum rehat di separuh masa pertama dan sekali lagi berliau berjaya melakukan assist kedua kepada Henrikh Mkhitaryan di minit ke-57 untuk mendahului pelawanan.

Lukaku turun dari bangku simpanan dan menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan melalui sepakan penalti setelah Spinazzola mengasari Victor Moses.

Jalan buntu yang tidak banyak membantu kedua-dua pasukan meningkatkan peluang Juventus untuk memperluas rekod gelaran Serie A mereka. – AFP

Aksi Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku ketika melakukan sepakan penalti semasa perlawanan bola sepak Serie A antara AS Roma dan Inter Milan semalam di Stadium Olimpik, Rom. – AFP