Jaringan Middleton bantu Bucks benam Heat

LOS ANGELES, 23 MEI – Khris Middleton membuat jaringan dua mata dengan perlawanan berbaki kurang dari satu saat ketika Milwaukee Bucks meraih kemenangan 109-107 selepas masa tambahan menentang Miami Heats di perlawanan pembukaan playoff Eastern Conference NBA, kelmarin.

Middleton kekal tenang untuk melakukan percubaan dari jarak 18 kaki dengan berbaki 0.5 saat, memberikan Bucks 1-0 mendahului di siri pertama dari tujuh pusingan.

Dalam perlawanan playoff yang lain, Brooklyn Nets bangkit selepas ketinggalan 12 mata di suku kedua untuk menewaskan Boston Celtics dengan jaringan 104-93.

Di Western Conference, pasukan pilihan kelima, Dallas Mavericks bangkit lewat di suku keempat selepas ketinggalan kepada pasukan pilihan keempat, Los Angeles Clippers 113-103 di Staples Center.

Jaringan kemenangan dramatik Middleton merupakan aksi penamat bagi pertarungan antara dua seteru Eastern Conference, yang bertemu tahun lalu di playoff di mana Heat memenangi siri dengan keputusan 4-1.

Pemain Heat, Jimmy Butler memaksa perlawanan disambung ke masa tambahan pada penghujung suku keempat, menjaringkan mata untuk menjadikan kedudukan terikat 99-99 ketika masa tamat di Fiserv Forum. – AFP

Reaksi Khris Middleton selepas menjaringkan mata untuk Milwaukee Bucks pada minit akhir perlawanan. – AP